Thursday, May 8, 2008

Kumpulan In-Team

Kumpulan In-Team merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Secara rasminya, kumpulan In-Team ditubuhkan dan bernaung di bawah HIJJAZ MUSIC ENTERTAINMENT pada bulan Januari 1998. Hijjaz yang menjadi tetamu kehormat dalam satu majlis persembahan nasyid tertarik dengan persembahan, bakat dan kebolehan kumpulan ini. Kumpulan In-Team terdiri daripada 4 orang anggota

(1998-2006)
Mohd Syahril bin Abdul Khalid
Mohd Suhaimi bin Saad
Muhammad Hazamin bin Harun
Abdul Rahim bin Osman

[sunting] (2007)
Mohd Syahril bin Abdul Khalid
Muhammad Hazamin bin Harun
Abdul Rahim bin Osman

Kumpulan in-team ini mempunyai pencapaian yang bagus dari segi penciptaan albumnya iaitu peningkatan penarikan lagu kepada pendengar dari setiap ciptaan album ke album yang lain. Kesemua album mereka telah mencapai Anugerah Platinum iaitu melebihi 25,000 unit. Album pertama mereka sahaja telah terjual sebanyak 80,000 unit. Mereka juga telah menubuhkan syarikat In Team Edutainment, (Kini Inteam Records Sdn Bhd) iaitu sebuah syarikat milik penuh Inteam. Kini syarikat itu telah menerbitkan album baru Inteam iaitu Tiada Lagi Kasih sebagai produk Inteam yang pertama dibawah pengurusan baru. Inteam (dahulunya In-Team) mengorak langkah semakin lebar setelah tamat kontrak bersama Hijjaz Records. Album baru ini dijangka mampu membuktikan kemampuan Inteam bergerak tanpa perlu tunjuk ajar lagi.

4 comments:

liza said...

fuhyoooooooooooo bestnyerr koleksi lagu nasyid...baguiii..

Nana said...

cerita jer..mana gambar kumpulan nyer?

MAMAMIKA said...

ahli kumpulan nasyid ke dulu?cayalah hidupkan industri nasyid kita

eida said...

bestnya dapat tau pasal inteam lepas ni bagi la profil pasal kumpulan nasyid yang lain plak.