Thursday, May 8, 2008

Kumpulan In-Team

Kumpulan In-Team merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Secara rasminya, kumpulan In-Team ditubuhkan dan bernaung di bawah HIJJAZ MUSIC ENTERTAINMENT pada bulan Januari 1998. Hijjaz yang menjadi tetamu kehormat dalam satu majlis persembahan nasyid tertarik dengan persembahan, bakat dan kebolehan kumpulan ini. Kumpulan In-Team terdiri daripada 4 orang anggota

(1998-2006)
Mohd Syahril bin Abdul Khalid
Mohd Suhaimi bin Saad
Muhammad Hazamin bin Harun
Abdul Rahim bin Osman

[sunting] (2007)
Mohd Syahril bin Abdul Khalid
Muhammad Hazamin bin Harun
Abdul Rahim bin Osman

Kumpulan in-team ini mempunyai pencapaian yang bagus dari segi penciptaan albumnya iaitu peningkatan penarikan lagu kepada pendengar dari setiap ciptaan album ke album yang lain. Kesemua album mereka telah mencapai Anugerah Platinum iaitu melebihi 25,000 unit. Album pertama mereka sahaja telah terjual sebanyak 80,000 unit. Mereka juga telah menubuhkan syarikat In Team Edutainment, (Kini Inteam Records Sdn Bhd) iaitu sebuah syarikat milik penuh Inteam. Kini syarikat itu telah menerbitkan album baru Inteam iaitu Tiada Lagi Kasih sebagai produk Inteam yang pertama dibawah pengurusan baru. Inteam (dahulunya In-Team) mengorak langkah semakin lebar setelah tamat kontrak bersama Hijjaz Records. Album baru ini dijangka mampu membuktikan kemampuan Inteam bergerak tanpa perlu tunjuk ajar lagi.

NASYID TANAHAIR

Anugerah Nasyid Minggu Ini (NMI) merupakan satu anugerah yang dikhaskan kepada penggiat nasyid di Malaysia. Pemilihan untuk memasuki peringkat akhir Anugerah Nasyid Minggu Ini adalah sebelum itu para penasyid perlu bertanding setiap minggu dalam carta mingguan Nasyid Minggu Ini di RTM1. Anugerah Juara NMI adalah penganjuran bersama antara Sekretariat Anugerah Industri Nasyid dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), RTM serta disokong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Program NMI, siaran RTM1 adalah rancangan pertandingan carta lagu nasyid popular yang bermula sejak April 2004. Acara malam itu diserikan persembahan daripada kumpulan nasyid seperti Rabbani, Saujana, Nowseeheart, Hijjaz dan lain-lain. Majlis itu diacarakan oleh VJ NMI, Akma. Sebanyak 12 kategori dipertandingkan pada anugerah itu dengan tiga daripadanya adalah ditentukan menerusi undian penonton, manakala sembilan kategori lagi dinilai oleh juri profesional. Tiga kategori yang dinilai menerusi undian penonton ialah Kategori Anugerah Juara Daurah (atau carta) 10 NMI 2006, Kategori Artis Baru Nasyid Popular dan Kategori Artis Nasyid Popular.


Senarai pemenang Anugerah NMI 2006

> Juara Daurah NMI - Nursyahadah (Far East)
> Anugerah Gemilang (Album Terbaik) - Saujana & Nowseeheart (Jalan Sehala)
> Anugerah Cemerlang (Popular & Berbakti) - Hijjaz (Pelita Hidup)
> Anugerah Terbilang (Global) - Raihan
> Anugerah Khas Juri (Nasyid Kanak-Kanak) - As Syakirin
> Artis Nasyid Popular - In-team
> Artis Baru Nasyid Popular - Munsyideen
> Persembahan Nasyid Terbaik - Rabbani
> Penyanyi Utama Nasyid Terbaik - Asri Ibrahim (Rabbani)
> Klip Video Nasyid Terbaik - Cinta Pertama (Far East)
> Lirik Nasyid Terbaik - Jalan Sehala (Loloq untuk kumpulan Saujana)
> Lagu Nasyid Terbaik - Inspirasi (Aidit Alfian untuk kumpulan Nowseeheart